Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Lima Buah Rumah Hangus di Jilat Api

By 22 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 

 Oleh : Mohd Zulfadli Bin Ab Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Enam sekeluarga terpaksa tinggal di Dewan Pejabat Veterinar Daerah Kuala Krai buat sementara waktu ekoran berlakunya kebakaran di rumah mereka dekat Kampung Guchil 3 pada jam 11.45 pagi semalam.

Menurut salah seorang mangsa Nor Azlina Binti Mohd Noor, 35, semasa kejadian, beliau sedang sibuk bekerja di kedai makan milik beliau di hadapan Hospital Kuala Krai manakala suami beliau berada di Kg Telekong. Beliau bersyukur kerana kelima-lima orang anak beliau selamat hasil pertolongan jiran-jiran. Namun kesemua barangan di rumah beliau musnah dijilat api.

Seorang lagi mangsa yang merupakan warga emas dan kurang upaya bernama Saharum Sah Bin Sulaiman bersama isteri Rahmah Binti Zakaria bersyukur kerana dapat selamatkan diri hasil pertolongan jiran-jiran dan orang ramai.

Menurut Pegawai Bomba Daerah Kuala Krai, beliau telah menerima panggilan pada jam 12.17 tengahari oleh orang awam dengan mengatakan telah berlaku kebakaran di Kg Guchil 3. Beliau telah mengarahkan 2 buah jentera bomba di Kuala Krai dan sebuah jentera bantuan dari Balai Bomba Machang bagi memadamkan api yang sedang marak.

Datuk Ramzi Abdul Rahman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, turut hadir ke tempat kejadian sambil menghulurkan sumbangan peribadi kepada semua mangsa. Beliau berkata sumbangan seterusnya akan di salurkan selepas ini melalui wang ihsan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa.

Datuk Ramzi Abdul Rahman menziarahi mangsa kebakaran

Datuk Ramzi Abdul Rahman menziarahi mangsa kebakaran

Ekoran rumah-rumah di kawasan ini rapat-rapat dan sangat berdekatan antara satu sama lain ia menyebabkan api mudah menyambar rumah-rumah yang lain. Pihak bomba terpaksa mengambil masa selama 2 jam untuk memadamkan api sepenuhnya daripada terus merebak ke rumah-rumah yang lain.

Kebakaran ini telah memusnahkan 5 buah rumah dalam masa 15 minit yang melibatkan 6 keluarga. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Kesemua mangsa yang terlibat dapat diselamatkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tinggalkan komen anda