Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Beri Maklumat Tepat Dan Sahih – Salleh

By 25 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
 Oleh Asmidar Zainol (Kota Kinabalu)

KUCHING, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Pengamal media diminta memberi maklumat tepat dan sahih dalam melaporkan berita berkenaan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pengamal media perlu melaporkan perkara yang tepat kerana media merupakan medium untuk rakyat mendapatkan maklumat.

“Pada masa ini kita lihat banyak pengguna media sosial menabur fitnah dan sangka buruk kepada pemimpin negara.

“Adalah penting untuk pengamal media menghasilkan artikel yang tepat dan sahih agar pembaca dapat membuat perbandingan sama ada maklumat yang diperolehi di laman sosial itu ada kebenarannya atau tidak, atau sekadar bertujuan untuk berpolitik semata-mata,” katanya dalam sidang media selepas melawat ke Pusat Media KKMM di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching, sebentar tadi.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, seramai 1,189 pengamal media berdaftar dengan suruhanjaya tersebut untuk bertugas sepanjang PRN-11 di Sarawak.

Kempen PRN-11 bermula hari ini hingga 6 Mei depan dan pengundian akan dijalankan pada 7 Mei nanti.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda