Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiPahang

Tengku Abdullah Hargai Prestasi PKZ Pahang

By 25 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohamad Azree Mohd Zaki / Che Nor Ismail

RAUB, 25 Apr (Malaysiaaktif) — ¬†Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucap tahniah dan terima kasih kepada semua pembayar zakat di seluruh negeri ini dan juga Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) bersempena Perasmian Bangunan Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Raub pada Sabtu lepas.

Dalam titahnya, baginda  juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Pejabat Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Negeri Pahang kerana menyempurnakan kutipan zakat serta agihan zakat kepada mereka yang memerlukan, termasuk pelaburan bagi pertambahan dana untuk rakyat Pahang.

 

20160425011046

 

Tengku Abdullah turut merujuk kepada laporan Jabatan Audit Negara yang merekodkan bahawa kedudukan kewangan Pusat Kutipan Zakat Pahang serta pengurusan perbelanjaannya sangat bagus.

Baginda berharap agar PKZ akan sentiasa menjalankan tanggungjawab demi untuk kesejahteraan rakyat Pahang.

Di dalam majlis tersebut baginda menerima bayaran zakat sebanyak RM540 ribu daripada  pembayar zakat bagi 2015.

Pembinaan bangunan pejabat Kutipan Zakat Raub dimulakan pada Disember 2014 dan siap sepenuh pada Februari 2016. Ia disiapkan lebih awal daripada tempoh yang dijangkakan.

Tengku Abdullah seterusnya menyeru agar semua rakyat Pahang yang cukup nisab penyimpanan harta atau kewangan membayar zakat, seperti yang diwajibkan kepada orang Islam.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda