Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri SembilanViral

Kefahaman Agama Jalan Ke Arah Keluarga Sakinah

By 7 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Md Ali Hanafiah Hassan (Jempol)

JEMPOL, 7 Apr (Malaysiaaktif) — Pejabat Agama Daerah Jempol hari ini mengorak langkah bagi menangani permasalahan dalam kalangan pasangan Islam di daerah Jempol dengan mengadakan seminar ‘Keluarga Sakinah Pembangunan Ummah.’

Seminar di Dewan Pejabat Daerah Jempol yang dihadiri seramai kira-kira 300 orang  itu mengupas permasalahan yang sering melanda keluarga Islam sehingga berlaku peningkatan bilangan penceraian dan kepincangan akhlak.

ali 2

Penceramah jemputan Ustaz Zulhaidi Mahmod dan Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek memperkatakan tentang undang-undang keluarga Islam serta cara menuju keluarga bahagia.

Dalam pada itu, Pegawai Islam Daerah Jempol, Muhazar Mat Deli berharap dengan bimbingan yang betul tidak akan berlaku lagi peristiwa seperti pergaduhan dalam masjid ketika majlis akad nikah yang menjadi viral dalam media sosial baru-baru ini.

“Jika semua orang faham yang wajib dan adat, pasti perkara ini tidak akan berlaku,” ujar beliau.

Muhazar menasihati semua peserta supaya berpaut kepada ajaran Al Quran dan Hadis agar kehidupan lebih tenang, damai serta berkat.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda