Skip to main content
Berita TempatanSabah

Usahawan Wanita Wajar Rebut Peluang

By 7 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Muniyamma a/p Marapen & Shahvian Muhammad Razali (Sabah)
 

KOTA KINABALU, 7 Apr (Malaysiaktif) –? Usahawan wanita perlu mengambil peluang menghadiri kursus yang dianjurkan kerajaan bagi meningkatkan tahap ekonomi sekali gus memperluas ilmu pengetahuan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa mengalu-alukan cadangan dan maklum balas daripada golongan wanita sebagai input penambahbaikan program-program yang diatur bagi merealisasikan impian mereka.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata demikian ketika merasmikan Seminar Transformasi Minda Usahawan Wanita Boleh (U-Boleh) di Wisma Wanita, tengah hari tadi.

Tambahnya, seminar itu bertujuan memberi bimbingan, motivasi dan kaunseling agar peserta mempunyai minda keusahawanan di samping meningkatkan keupayaan melahirkan golongan usahawan yang berilmu.

“Masyarakat perlu mempelbagaikan perniagaan dengan mewujudkan satu jaringan bagi memudahkan perniagaan mereka berjalan dengan lancar, senang dan teratur,” jelasnya.

Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu merangkap wakil Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita, Saharuddin Mohd Kia, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah(JHEW), Myrna Jimenez dan Pengerusi Jawatankuasa Gender Majlis Penasihat Wanita Sabah, Hajah? Baiyah Ag. Majmon.

SF

Tinggalkan komen anda