Skip to main content
HomeViral

[VIDEO] Orang Asli Meluru Ke Hutan Terbakar Selamat Babi

By 7 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Bentong)

BENTONG, 7 Apr (Malaysiaaktif) — Dalam kekecohan kebakaran yang berlaku di tepi Lebuhraya Karak petang tadi, tiga orang asli, termasuk seorang wanita meluru masuk ke kawasan hutan yang terbabit untuk menyelamatkan beberapa ekor babi hutan yang terperangkap dan mengalami kecederaan.

Mereka yang merupakan penduduk perkampungan orang asli berdekatan tidak menghiraukan arahan anggota bomba supaya jangan memasuki kawasan berkenaan kerana berbahaya.

 

46b6fda4-f538-43ce-9a0c-e2cdeedd3bac

f632c9c0-3c8f-460c-8eaa-cae073656907

Wartawan Malaysiaaktif, Muhammad Rizal Redzuan yang kebetulan berada di lokasi tersebut berkata mereka akhirnya dapat menyelamatkan hanya dua ekor babi hutan dan terpaksa meninggalkan seekor lagi dalam kebakaran.

Sementara itu, kebakaran  yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 10 ekar di Kilometer 74.4 berhampiran Sungai Dua berhampiran Karak itu masih lagi berlaku. Kebakaran dikatakan bermula pada lebih kurang pukul 2.00 petang.

c3005165-8911-4d4e-a25b-99687f18130d

3fefd77a-3ca4-480c-a26c-dbdf577df3cd

Usaha mengawal dan memadam kebakaran sedang dilakukan oleh anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Perting yang terdiri daripada seramai enam orang dan sebuah enjin dari Balai Bomba Karak seramai sembilan anggota diketuai oleh Pegawai Penguasa Bomba, Suhairul Ibrahim setelah dimaklumkan orang ramai. Turut membantu, sebuah tangki ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) juga dari Bentong.

Angin yang meniup kuat menyebabkan api semakin marak, namun menurut Suhairul mereka akan cuba memadamkan kebakaran dalam masa dua jam pada masa laporan ini ditulis.

 

 

– AAS

Tinggalkan komen anda