Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Ke Arah Remaja Sifar Maksiat dan Jenayah

By 9 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Khairunnisa Abdul Rahman (Jasin)

JASIN, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Unit Pencegahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini menganjurkan Program Ceramah Sifar Maksiat, Sifar Jenayah di Dewan Baiduri Kolej Vokasional Jasin.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama JAIM, Ustaz Mohd Emran Haji Ahmad program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta pendekatan tentang isu gejala sosial masa kini secara bersemuka.

“Program berbentuk ceramah dan kempen kesedaran ke arah jenayah sifar ini dilihat memberikan impak yang amat positif tentang penguatkuasaan jenayah syariah, khususnya berhubung dengan tindakan yang JAIM telah dan akan ambil terhadap beberapa seksyen dalam enakmen kesalahan syariah Negeri Melaka,” tambah Mohd Emran.

Kempen kesedaran yang menyasarkan golongan remaja berumur 17 hingga 21 tahun ini dihadiri kira-kira 500 peserta.


-DZ

Tinggalkan komen anda