Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Anugerah Cemerlang Pemangkin Kejayaan

By 9 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zaharah bt Ismail & Mohd. Anuar bin Ibrahim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Anugerah Cemerlang SMK Seri Sentosa Kali ke-44  yang telah diadakan pada hari ini merupakan satu usaha murni pendidik SMK Seri Sentosa, Jalan Kuchai Lama demi meraikan kejayaan pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang tahun 2015.

Majlis penuh gemilang yang dihadiri 200 pelajar ini telah dirasmikan oleh Foziah Buang, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Rahmah Abd. Haji, Pengetua Cemerlang dalam ucapannya berkata, ” Kesusahan para pelajar dalam usaha mencapai kejayaan akan dilihat hasilnya pada masa depan. Jangan mudah selesa dengan kecemerlangan sekarang kerana apabila para pelajar berada di dunia luar terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuh”.

Anugerah Hadiah Pelajar Peralihan, Anugerah Warna Ko-kurikulum, Anugerah PT3, SPM,STPM dan Matapelajaran Terbaik, Anugerah Kecemerlangan PT3,SPM dan STPM  2015, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2015, Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan 2015 dan Hadiah Panitia Mata Pelajaran Terbaik 2015 adalah anugerah yang disampaikan kepada para pelajar.

Tinggalkan komen anda