Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Media Harus Elak Terbit Bahan Hasutan – Apandi

By 26 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Aimi Huwaina (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Sejak beberapa tahun ini, terdapat peningkatan dalam kes pengeluaran kenyataan yang berbaur hasutan menggunakan media.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, perbuatan dan tindakan tersebut telah menyebabkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia dan menggugat ketenteraman awam.

“Pengamal media harus sentiasa berwaspada dan mengelakkan daripada menerbitkan apa-apa tulisan yang mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menggugat keharmonian yang dinikmati di negara setakat ini.”

Apandi berkata statistik menunjukkan bahawa sejak awal tahun 2013 sehingga Disember 2015, sebanyak 50 kes telah dibawa ke makhamah yang melibatkan hasutan dan komen yang memudaratkan.

Antaranya, kes Alvin Tan dan Vivian Lee yang dituduh kerana memuat naik gambar menghina umat Islam dengan menjemput mereka memakan Bah Kut Teh di bulan Ramadan serta kes aktivitis sosial, Haris Ibrahim yang membuat kenyataan di suatu forum ekoran daripada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.

“Walaupun penggunaan media sosial mempunyai banyak manfaat , terdapat segelintir pemilik akaun media sosial yang menyalahgunakannya.”

Sebelum ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, memberitahu Dewan Negara bahawa sejak tahun 2010 hingga Mac 2016, seramai 22 orang pemilik laman rangkaian sosial, laman web dan blog telah dituduh di makhamah kerana menyalahgunakan medium tersebut untuk pelbagai tujuan.

“Sehingga bulan Mac 2016, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyiasat sebanyak 32 kes penyalahgunaan internet dan media baru di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Terbaru, tindakan menyekat portal berita The Malaysian Insider telah diambil oleh SKMM pada 25 Februari lalu kerana menerbitkan berita palsu.

Apandi berkata demikian semasa majlis Luncheon Talk Peguam Negara Bersama Editor dan Pengamal Media, anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan Institute of Journalism Studies, Universiti Teknologi Mara di sini, hari ini.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda