Skip to main content
Berita TimurEkonomiHomePahangViral

[VIDEO] Nelayan Sg Pahang Sengsara, Sekolah Ditutup

By 10 April 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Temerloh)

TEMERLOH, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Hampir 1000 orang nelayan dan penternak ikan air tawar di Sungai Pahang terjejas teruk akibat kemarau berikutan fenomena El Nino di sini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, Temerloh suhu pada pukul 4.00 petang Sabtu 9 April mencatatkan tahan maksimum 37.4°Celcius. Keadaan sedemikian menyebabkan pihak Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Temerloh di tutup esok.

Panas yang melampau ini seolah-olah ‘membakar’ para nelayan dan pengusaha ikan kerana mereka bukan hanya hilang mata pencarian, malah sangkar ikan mereka turut rosak akibat kemarau. Selain itu, seorang nelayan Sungai Pahang, Azman Awang@Arshad berkata, enjin bot serta pukat beliau turut dicuri kerana terlalu lama terbiar terdampar kerana air sungai kering.

 

Sampan Dan Sangkar Ikan Penduduk Rosak Dalam Cuaca Kemarau

Sampan dan Sangkar ikan rosak disebabkan oleh kemarau.

 

Banyak pukat ikan terbiar rosak di tepi sungai

Banyak pukat ikan terbiar rosak di tepi sungai

 

Azman berkata kebiasaannya beliau mendapat antara 20 – 30 kilogram ikan sehari, termasuk baung, tengalan dan kerai. Ikan baung dijual kepada peraih dengan harga RM35 sekilo boleh membawa pulangan hingga mencecah RM600 setiap kali beliau turun menangkap ikan. Beliau pernah mendapat sebanyak 16 ekor ikan baung dengan hasil jualan sebanyak RM 700. Bagaimanapun, sejak cuaca panas melanda negara, sudah hampir tiga bulan beliau hilang terus mata pencarian kerana air sungai yang panas dan hampir kering tidak membolehkan beliau menangkap ikan.

 

Antara nelayan Sungai Pahang yang beriktiar untuk mendapatkan ikan

Antara nelayan Sungai Pahang yang berikhtiar untuk mendapatkan ikan.

 

Lebih menyedihkan apabila melihat hampir kesemua rakan beliau yang bekerja menangkap ikan di kawasan beliau, iaitu Kuala Sungai Belenggu, tidak mendapat bantuan sara hidup nelayan RM300 yang diberikan kerajaan atas masalah tertentu. Antaranya, disebabkan kurang maklumat dari jabatan berkaitan tentang kaedah untuk mendapatkan bantuan dan membuat dokumentasi.  Azman berharap pegawai dari jabatan berkaitan sudi datang ke kampung mereka untuk memberikan taklimat berhubung cara mendapatkan bantuan sara hidup nelayan yang diperuntukan kerajaan.

 

 

Nelayan perlu mencari kawasan lubuk sekiranya mahu terus menangkap ikan

Nelayan perlu mencari kawasan lubuk sekiranya mahu terus menangkap ikan

 

Tok Empat Lebak, Haji Abu Bakar Yaacob, 74, mengulangi rintihan yang sama. Beliau yang juga pengusaha ikan dalam sangkar berkata pendapatan penduduk di sini terjejas teruk kerana mereka tidak boleh bertani, menangkap atau menternak ikan akibat kemarau. Selain sungai yang semakin cetek hingga menrosakkan pukat dan bot, di penjuru lain di darat, tanah kering kontag menyebabkan pokok getah tidak mampu menghasilkan susu.

 

 

Menurut beliau sebuah sangkar berharga dalam RM15 000,tidak termasuk ikan. Sebuah sangkar mampu menghasilkan sehingga 600 kg ikan semusim, iaitu enam bulan yang dijual dengan harga RM17 sekilo. Sekarang, banyak sangkar milik penduduk rosak dan tersadai. Bagi yang dapat memindahkannya ke kawasan berair, anak ikan pula mati bila dilepaskan ke dalam sangkar. Abu Bakar berkata, air yang panas  seolah-olah mencelur anak ikan itu. Antara ikan yang biasa diternak, termasuk patin dan tilapia.

 

 

 

Bagi Shamsul Anuar Anjang yang telah tujuh tahun mengusahakan serta menjual ikan patin dan tilapia dalam sangkar di Tebing Tinggi, kemarau tahun ini luar biasa kerana terlalu lama. Menurut orang-orang tua dikampungnya, terdapat satu batu putih di tengah Sungai Pahang yang sudah 40 tahun tidak pernah kelihatan, kini timbul semula dan jelas kelihatan. Sebahagian sangkar ikan beliau kini berada di atas pasir. Walaupun keadaan sedemikian, beliau tidak bercadang untuk menaikan harga ikan jualannya.

 

 

Pemilik sebuah restoran ikan sungai di sini, Zubaidah Hashim atau Mama Jue, sangat berharap agar semua pihak, terutama pihak berkuasa lebih peka terhadap alam sekitar serta ekologi Sungai Pahang dan tidak menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkannya. Beliau mendakwa ketidaprihatinan kini mkenyebabkan jumlah ikan semakin berkurangan, justeru menjejaskan hasil tangkapan .

 

 

Tinjauan Malaysiaaktif menyahihkan keluhan penduduk di sini apabila benar mendapati sungai menjadi sangat cetek, malah di beberapa tempat ia kering langsung dan menukarkan rups bumi hingga menjadi seperti landskap padang pasir.

 

 

-AAS

Tinggalkan komen anda