Skip to main content
Berita TempatanPutrajayaWilayah Persekutuan

Seberang Prai Tengah, Kudat Tanpa Hujan

By 10 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang sehingga hari ini masih tidak menerima hujan selama 41 hari berturut-turut, manakala Kudat, Sabah mencecah 27 hari tanpa hujan.

Jabatan Metereologi Malaysia melalui laman Facebook Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menyatakan jangkaan hujan yang lebih signifikan pada minggu hadapan berikutan kedatangan Musim Peralihan yang membawa perubahan corak pergerakan angin.

Musim Peralihan ini juga dijangka akan membawa hujan, terutamanya di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sehingga pukul 4 petang tadi, Stesen Meteorologi Utama merekodkan bacaan maksimum di Batu Embun dengan 38.3 darjah Celsius, diikuti Chuping 37.6 darjah Celcius, Ipoh 37.2 darjah Celcius, Temerloh 37.1 darjah Celcius dan Alor Star 37.0 darjah Celsius.

Tinggalkan komen anda