Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Tayangan Video Permudah Permohonan Pasport

By 10 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Nurul Wahida Mohamad Noor (Permatang Pauh)

PERMATANG PAUH, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Proses pengambilan gambar kanak-kanak ketika membuat permohonan passport bukanlah sesuatu yang mudah.

Pegawai Imigresen, Siti Jamilah Mohamad Jamil dari Bahagian Passport Seberang Jaya, Pulau Pinang, mengaplikasikan kaedah tayangan video animasi menggunakan telefon bimbit bagi menarik perhatian kanak-kanak untuk memudahkan proses tersebut.

Siti berkata, kaedah ini sekaligus dapat melancarkan proses permohonan passport bagi kanak-kanak.

“Melalui pengalaman, kebanyakkan kanak-kanak yang berada dalam keadaan tidak tenteram tidak akan memberikan kerjasama, terutamanya ketika proses mengambil gambar dilakukan.  Ini akan menyulitkan proses yang berikutnya,” ujar Siti.

Tambahnya, walaupun berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan, namun sebagai seorang Pegawai Imigresen, memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, sudah menjadi kemestian dalam melaksanakan tugas.

Bayaran passport untuk tempoh lima tahun bagi kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah adalah sebanyak RM100, permohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) RM200, warga emas (60 tahun ke atas) RM100, pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah) RM100, Jemaah Haji RM100 dan Orang Kelainan Upaya (OKU) percuma.

– AH

Tinggalkan komen anda