Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Nikmat Harumanis DiAidilfitri

By 9 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
  Laporan dan Foto oleh : Anuar Che Amat, Indera Putera, Sufian Kamarudin, Wan Muhamad Zikri (Padang Besar)
PADANG BESAR, 8 April (Malaysiaaktif) – Berita baik buat penggemar mangga harumanis di seluruh negara apabila berpeluang menikmati keenakan buah ini sehingga Hari Raya Aidilfitri pada bulan Julai ini.
Buah mangga eksotik yang hanya boleh didapati setahun sekali ini akan dapat dinikmati oleh orang ramai bermula pada bulan ini.
12966663_1043590189020244_265973707_n
Ekoran dari tanaman harumanis yang berbuah agak lewat, penggemar harumanis terutamanya rakyat Perlis yang bekerja di perantauan berpeluang menikmati buah ini apabila balik bercuti pada Hari Raya Aidillfitri pada bulan Julai nanti.
Zakaria Senawi Pengusaha ladang harumanis

Zakaria Senawi
Pengusaha ladang harumanis

Pengusaha ladang harumanis, Zakaria Senawi, 64, berkata, pengeluaran harumanis pada tahun ini agak menurun berbanding tahun lepas akibat cuaca panas melanda negeri Perlis.
Selain daripada kesan cuaca panas, beliau juga terpaksa menghadapi cabaran-cabaran lain dalam memastikan buah harumanis ini dihasilkan dengan kualiti yang terbaik.
“Setiap hari kami perlu memastikan pokok-pokok harumanis disiram air dan buah perlu dibalut kemas agar tiada ancaman serangga dan binatang liar”, katanya.
12957278_1043590002353596_458159576_n
“Kes kecurian buah harumanis juga berlaku disini dan kami terpaksa mempertingkatkan kawalan pada setiap malam”, ujarnya lagi.
Beliau juga menasihati para pembeli agar tidak tertipu dengan penjual buah harumanis yang seringkali mengambil kesempatan dengan menjual buah yang tidak berkualiti.
Menurutnya lagi, harga buah harumanis yang berbeza adalah disebabkan faktor saiz dan juga gred bagi sebiji buah.

Tinggalkan komen anda