Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

[VIDEO] Pasang Poster PRN: Ada Untung Ada Rugi

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

KUCHING 28 Apr (Malaysiaaktif) – Sepanjang 10 hari menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRNS) Ke-11, poster dan sepanduk yang dinaikkan untuk membantu kempen calon atau parti yang bertanding semakin giat dilakukan.

Bagi seorang pekerja yang ditugaskan majikannya supaya menaikkan bahan-bahan kempen berkenaan di sekitar bandaraya Kuching, ia sekadar tugas yang perlu dilakukan tanpa berpaksi kepada mana-mana pihak yang bertanding.

 

16a46965-adff-4fdf-869a-6aec6dce0d62

 

Beliau yang mahu hanya dikenali sebagai Ayat terpaksa keluar setiap malam untuk memasang poster dan bendera parti. Menurutnya, apa yang dilakukan hanya sekadar mencari sumber pendapatan tambahan.

Pemuda berusia 25 tahun berasal dari Taman Seri Wangi Petrajaya yang ditemu bual wartawan Malaysiaaktif semalam mendapati kebanyakan poster yang dinaikkannya sebelum itu bersepah tumbang kerana buluh yang digunakan masih muda.

 

03f0394d-eba7-467f-b80b-c6862cc36f67

 

Walaubagaimana pun, Ayat mendakwa poster yang dipasangnya itu ekoran perbuatan khianat pihak lain.

Beliau dan rakan-rakannya dibayar berdasarkan siap pasang bahan di sesuatu lokasi. Sekiranya apa yang berlaku itu perbuatan ‘khianat’ mereka terpaksa memasang semula di tempat yang sama tanpa sebarang bayaran.

 

 

Ayat mendakwa bayaran yang diterimanya terhakis kerana ada orang tengah yang tidak mengagihkan peruntukan dengan betul hingga menjadikan kadarnya berbeza-beza.

Bagi Amir Husaini, 40, yang bekerja tetap pada waktu siang tetapi memasang poster di waktu malam, upah yang diberikan bergantung kepada pihak yang ‘mengawal.’

Pesara, Muhammad Jamal pula berkata musim pilihanraya sebegini memberikannya peluang menambahkan pendapatan. Untuk usaha sehari memasang poster beliau boleh mendapat sekitar RM20.

Agak berbeza dengan seorang pekerja buruh kasar, berumur 47 tahun yang enggan namanya dikenali. Beliau sekadar bekerja mengikut arahan majikannya walaupun kebiasaannya dia membuat kerja-kerja sebagai buruh binaan, selain menampung pendapatan dengan bekerja di ladang.

Bagi musim PRN Sarawak Ke-11 ini beliau terpaksa mengikut kehendak majikannya yang mendapat ‘kontrak’ menaikkan poster-poster parti politik pembangkang.

 

 

Gaji yang diberikan majikannya untuk sehari bekerja sebanyak RM55, tetapi dia hanya mampu mengeluh kerana kerja-kerja pemasangan bahan kempen siap dalam tempoh setengah hari bekerja. Disebabkan itu gajinya menjadi separuh sahaja setiap hari.

Dalam pada itu, disebabkan tugas yang perlu berterusan dilakukan, dia sudah empat penggal tidak mengundi kerana terpaksa bekerja.

Dia berkata bukannya dia tidak dibenarkan mengundi, tetapi hanya takut kehilangan pendapatan untuk menyambung hidup dari hari ke hari.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda