Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanEkonomiHome

SEB Kongsi Kepakaran Teknikal Dengan KALTARA

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Diyana Zamri

KUCHING, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Sarawak Energy Berhad (SEB) akan berkongsi maklumat strategik dan kepakaran teknikal dengan Kerajaan Kalimantan Utara (KALTARA), Indonesia.

Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar  Awang Tengah yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II serta Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha transformasi Sarawak Energy, selain mengukuhkan jalinan antara kedua-dua pihak.

Awang Tengah menyaksikan majlis menandatangani Surat Hasrat (LOI) antara wakil Sarawak Energy, Pengarah Eksekutif, Datuk Torstein Dale Sjøveit dengan Gabenor Kalimantan Utara, Dr. H. Irianto Lambrie di sini semalam.

 

TENGAH MOU 4

 

“Apabila Negeri membuat keputusan untuk menerokai Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) kurang dari 10 tahun yang lalu, Sarawak Energy yang juga milik kerajaan negeri telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sektor tenaga di Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Tambahnya, majlis pemeteraian LoI ini menandakan titik permulaan kerjasama yang akan membuka satu lagi peluang kepada Kaltara dan Sarawak Energy dalam pembangunan wilayah Kaltara yang kaya dengan sumber asli dan tenaga.

Kaltara, dengan keluasan sebanyak 72,275.12 kilometer persegi dan dengan seramai 600,000 orang penduduk, merupakan wilayah terbaharu yang ditubuhkan pada Oktober 2012 dan dikenali sebagai wilayah ke-34 di Republik Indonesia. Kaya dengan sumber, seperti arang batu dan gas asli, Kaltara menyedari keperluan untuk membangunkan sektor tenaga bagi menaikkan potensi ekonomi.

Kerjasama Kaltara dengan Sarawak Energy ini merupakan perjanjian rasmi pertama yang ditandatangani oleh Dr. H. Irianto Lambrie selaku Gabenor Kaltara.

Menurut Torstein, LoI ini merupakan asas bagi Sarawak Energy untuk berkembang di peringkat antarabangsa.

Turut hadir, Pengerusi Sarawak Energy, Datuk Amar Hamid Sepawi.

Pada Januari, Sarawak Energy mula mengeksport tenaga ke Kalimantan Barat. Syarikat milik kerajaan negeri itu juga telah mula membuat perancangan dengan Brunei dan Sabah untuk lebih banyak projek saling sambung bagi memajukan konsep grid ASEAN.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda