Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pesta Songkran Perak Tarik Lebih 2,000 Pengunjung

By 14 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Md Sazali Ab Hamid (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Sambutan Pesta Songkran atau Pesta Air disambut dengan begitu meriah di Kampung Tasek Pengkalan Hulu semalam. Pesta selama tiga hari bermula 11 April hingga 13 April itu berjaya menarik lebih 2,000 pengunjung termasuk masyarakat setempat dan pelancong dari Thailand.

Setiausaha Politik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Jamal Nasir Rasdi merasmikan pesta tersebut semalam.

Dalam ucapan perasmiannya, Jamal mengucapkan tahniah kepada penduduk kampung kerana Pesta Songkran telah dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Perak dan juga Kebangsaan.

image

 

Tambahnya, sebanyak RM50,000 telah diperuntukkan oleh pihak Pelancongan Negeri Perak untuk menjayakan Pesta Songkran di Kampung Tasek pada tahun ini.

Menurut sejarah, Pesta Songkran ialah sambutan Tahun Baharu bagi masyarakat Siam dan disambut ketika hari yang paling panas pada tahun tersebut.

image

 

“Pesta ini sebenarnya bukan hanya untuk masyarakat Siam sahaja tetapi telah menjadi satu tarikan pelancongan di Daerah Pengkalan Hulu. Upacara keagamaan khusus untuk masyarakat Siam dijalankan hanya pada sebelah pagi dan selepas itu melibatkan perayaan sembur air dan bedak yang tidak melibatkan unsur-unsur keagamaan,” ujar Visal A/L Ai Reang, 50, AJK Sambutan Pesta Songkran 2016.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dalam ucapannya telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk sambutan Pesta Songkran di Kampung Tasek pada tahun ini.

Sementara itu, Hasbullah turut mengumumkan kelulusan 100 buah tapak perumahan untuk penduduk kampung ini.

“Kita juga telah meluluskan tapak perumahan untuk 100 buah rumah bagi generasi kedua penduduk kampung yang akan dibina tidak lama lagi di kampung ini. Sumbangan ini adalah atas kepercayaan penduduk di sini yang terus memberi mandat kepada Barisan Nasional dengan peratus undi mencecah 80 peratus pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dan diharap dapat ditingkatkan lagi pada PRU akan datang,” ujar Hasbullah.
-DZ/SF

Tinggalkan komen anda