Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Sidang DUN Perak Penggal Keempat Bermula hari ini

By 12 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Mohamad Ismail Daud (Ipoh) / Foto: EPLA Perak

IPOH, 12 Apr (Malaysiaaktif) — Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Perak yang Ke-13 bermula hari ini dengan perasmian disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Istiadat dimulakan sebaik Sultan Nazrin berangkat tiba bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ketibaan baginda disusuli nyanyian lagu kebesaran negeri Perak dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan Pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota Batalion 1, Pasukan Gerakan Am Briged Utara. Upcara diiiringi oleh pancaragam Polis Diraja Malaysia Cawangan Kedah

Sultan Nazrin bersama Tuanku Zara kemudian berangkat ke Kamar Diraja diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk Seri S K Devamany.

Perasmian bermula pada pukul 10.08 pagi dengan titah perasmian yang diikuti dengan pembahasan.

 

-DZ / AAS

Tinggalkan komen anda