
Oleh Anuar Che Amat
KANGAR, 19 Apr (Malaysiaktif) — Lebih 1,000 rakyat Perlis hari ini hadir untuk menunaikan solat sunat Istisqa di perkarangan Istana Arau. Solat tersebut merupakan antara respon pihak istana berikutan kemarau panjang yang melanda negeri ini.
Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, solat ini merupakan amalan yang di lakukan oleh Rasullah SAW untuk memohon hujan ketika kemarau di zaman baginda dahulu. Sehubungan itu, Beliau juga meminta seluruh rakyat Perlis berdoa kepada Allah SWT supaya hujan di negeri Perlis.
Turut berangkat ke majlis yang di imamkan oleh Pegawai Agama Jabatan Mufti Negeri Perlis, Ustaz Muhamad Abdul Khalid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail.