Skip to main content
Berita TempatanPutrajayaWilayah Persekutuan

Tayangan Bravo 5 Imbau Nostalgia Wayang Pacak

By 25 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Azri Zainal Abidin dan Saharuddin Othman / Foto: Yang Azman Mohd. Othman (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Program Layar Bestari atau dahulunya dikenali dengan nama “Wayang Pacak”, dihadiri lebih 300 orang penonton di sekitar Perumahan Presint 8, Putrajaya Sabtu lepas.

Sambutan baik ini membuktikan usaha Jabatan Penerangan Malaysia menghidupkan semula wayang pacak sebagai satu langkah yang relevan.

20160424163950

Pengerusi Persatuan Penduduk P8E2 Putrajaya, juga selaku Penganjur Program Karnival Komuniti Cemerlang, Zarina Ismail berkata, program Layar Bestari dirancang sempena karnival ini kerana dapat mengetengahkan hiburan berkonsepkan santai di samping menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Jelajah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini bermula pada 22 April sehingga 26 April 2016.

Dipilih sebagai filem tayangan Layar Bestari, Bravo 5 adalah sebuah filem perang bercorak patriotik kenegaraan tentang lima anggota Komando Tentera Darat (Rejimen Gerak Khas) di bawah pimpinan Leftenan Azri Haji Manaf yang menjalakan operasi mengekang kebangkitan penganas komunis (PGK).

Program Layar Bestari akan diteruskan sebagai saluran komunikasi sedia ada untuk menyampaikan maklumat serta penerangan dengan menambahbaik beberapa elemen dan pengisian baharu mengikut kesesuaian peredaran zaman.

Antaranya seperti meningkatkan kualiti persembahan melalui tayangan filem-filem baharu dan sistem audio visual yang lebih canggih.

Jadual jelajah Layar Bestari Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diteruskan di PPR Taman Wahyu, Kepong (23 April), PPA Seri Perlis, Keramat (24 April) dan berakhir di Dataran Serindit AU3, Setiawangsa (26 April).

 

-DK

Tinggalkan komen anda