Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Lebih 1500 Masyarakat Kadayan Rai Makan Tahun

By 25 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Andi Abdul Rohim (Sarawak)

BINTULU, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Makan Tahun Kampung Ulu Nyalau, Bintulu dihadiri kira-kira 1,500 orang di Pekarangan Dewan Pudayan, Kampung Ulu Nyalau pagi tadi.

Mereka yang hadir terdiri daripada masyarakat Kedayan dari sekitar Ulu Nyalau, Bekenu, Miri dan Bintulu.

Majlis ini telah dijayakan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong untuk memasak lauk-pauk untuk dihidangkan kepada tetamu dan penduduk kampung.

Menurut seorang guru yang merupakan penduduk tempatan, Nora Haji Lana, 41,  Makan Tahun merupakan majlis makan kenduri tahunan yang menjadi adat masyarakat Kedayan dan dahulunya diadakan selepas musim menuai padi.

Hadir sama pada majlis ini ialah Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, calon Barisan Nasional N.70 Samalaju, Majang Ranggi, pemimpin masyarakat sekitar dan penduduk tempatan.

Majlis turut dimeriahkan dengan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia, Kem Rescom, Sibu yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian.

SF

Tinggalkan komen anda