Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tengku Mahkota: Jangan Mudah Dipengaruhi Media Sosial

By 22 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh  Norhanum Mohamed, Abdul Latif Ramly, Basharuddin Md Yasin

KUALA LIPIS, 22 Apr (Malaysiaaktif) — Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat dalam media sosial yang boleh menggugat perpaduan, terutamanya rakyat negeri Pahang.

Baginda juga mencadangkan agar masjid dapat menjana pendapatan untuk pembiayaan penyelenggaraan, seperti  mewujudkan yayasan, syarikat atau koperasi dan mengambil inisiatif  menggunakan kaedah tenaga suria sebagai langkah penjimatan elektrik di premis masing-masing.

 

masjid2

 

Bertitah ketika merasmikan Masjid Kampung Gua Padang Tengku hari ini, Tengku Abdullah berkata masjid juga berperanan dalam usaha menyebarkan syiar Islam dan memupuk perpaduan umat Islam sejagat.

Baginda juga menyatakan semangatnya untuk membuat lawatan ke daerah-daerah bagi mendekati rakyat dan mengetahui masalah yang dihadapi.

Selain itu, baginda turut menyatakan bahawa istana mengambil serius tentang perkembangan institusi masjid dan surau di negeri Pahang.

 

Sempena majlis itu, Tengku Abdullah menyampaikan sumbangan bantuan kepada seramai 200 orang daripada golongan yang memerlukan.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda