Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeJohorViral

Usahawan Udang Karang Mula Dengan Hanya RM10,000

By 22 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zuriatina Binti Tamat

TANGKAK, 22 Apr (Malaysiaaktif) — Dengan bermodalkan hanya RM10,000, seorang usahawan muda, Hasrul Adam Rahmat, 22, berjaya mengembangkan pasaran udang karang air tawar ternakannya hingga ke Thailand.

Walaupun usaha anak muda yang berpusat di Bandar Tenggara, Kota Tinggi ini diasaskan hanya setahun lalu, beliau kini mempunyai lebih 30 buah kolam ternakan udang karang air tawar melalui bantuan dan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor.

 

IMG20160422114923

 

Selain membekalkan udang karang air tawar hasil ternakannya kepada restoran, kedai dan penggemar udang ini, Hasrul Adam juga menjual benihnya kepada mereka yang berminat untuk memulakan ternakan.

Menurutnya, benih-benih udang karang dijual mengikut harga pasaran, tetapi semakin banyak kuantiti permintaan, harganya boleh turun hingga kepada 80 sen seekor.

Beliau berkata permintaan terhadap udang karang air tawar ternakannya kini semakin meningkat memandangkan permintaan melebihi hasil pengeluaran.

Hasrul Adam juga merupakan salah seorang peserta usahawan tani daripada 110 usahawan yang menyertai Karnival Muafakat Tani Dun Serom 21-23 April lalu di Dataran Pulau Penarik, Sungai Mati, Tangkak.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda