Skip to main content
Berita TempatanSabah

Tiada lagi Pelajar Miskin Tercicir – Musa

By 4 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon & Saiful Rahman Sabri(Sabah)

KOTA KINABALU, 4 Apr (Malaysiaktif) –? Semua pihak diajak menanam azam memastikan kelangsungan pendidikan pelajar miskin yang kurang berkemampuan agar tiada lagi yang tercicir.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata usaha persatuan-persatuan yang mengumpul dana bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik harus diteruskan.

“Saya menyeru kepada persatuan alumni UiTM untuk meneruskan usaha murni membela anak-anak Bumiputera yang amat memerlukan bantuan.

“Sokongan ini tidak semestinya dalam bentuk kewangan malahan dalam bentuk lain yang boleh membantu usaha murni pihak alumni.

“Usaha murni sebegini dapat dijadikan contoh oleh pihak berkemampuan untuk membantu golongan yang memerlukan khususnya dalam kalangan penuntut,” katanya semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Amal Alumni UiTM Sabah.

Teks ucapannya disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam Sabtu lepas.

Musa yang juga Penaung Persatuan Alumni UiTM Sabah berkata majlis bertemakan ‘Celebrating Your Success by Helping Others to Succeed’ itu bertepatan dengan objektif persatuan alumni berkenaan dalam memastikan tiada pelajar yang tercicir kerana kemiskinan.

Majlis amal itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM604,500 untuk tabung dana persatuan yang turut disumbang oleh Etiqa Takaful Berhad dan ?Suruhanjaya? Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Tinggalkan komen anda