Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

[Video] Turun Gambar Buruk Pemimpin Parti Lain – SPR

By 24 April 2016April 27th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Diyana Zamri (Putrajaya)

KUCHING, 24 Apr (Malaysiaaktif) –Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah bertegas agar parti-parti dan para penyokong tidak memburuk-burukkan pemimpin parti lain dalam bahan kempen mereka.

 

 

“Bukan tak boleh letak gambar pemimpin , tapi letak gambar pemimpin parti masing-masing dan jangan meletakkan gambar pemimpin parti lain dalam keadaan wajah yang memburuk-burukkan. Itu memang tidak boleh. Kita minta supaya diturunkan.

“Katakanlah kawasan itu dipertandingkan oleh Parti A. Dia nak letak gambar pemimpin dia, boleh. Tapi janganlah letak gambar pemimpin orang lain pula. Parti B pula, banyak komponen dalam partinya. Jadi, dia nak letak gambar pemimpin dia, presiden dia dan sebagainya, tiada masalah. Tapi, jangan ada gambar-gambar yang boleh menyebabkan kemarahan orang lain,” ujar Mohd Hashim.

Menurut beliau perkara ini melibatkan banyak pihak, terutama di Sarawak yang mempunyai  pelbagai suku kaum dan penyalahgunaan gambar pemimpin ketika berkempen boleh memudaratkan jika disalahertikan oleh sesetengah pihak.

Mohd Hashim berkata demikian ketika melawat Pusat Media Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-11 di Auditorium Kecil RTM, Kuching, pagi tadi.

Menurutnya, SPR ingin memenuhi kehendak rakyat yang menuntut agar kempen dijalankan secara bersih, adil dan telus dan parti politik digesa untuk turut membuat perkara yang sama.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda