Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Keindahan ‘Bunga Sakura’ di Gerik

By 21 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fasharina Kholil (Gerik)

GERIK, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Suhu panas yang sedang melanda bandar Gerik sekarang ini turut membawa keindahan apabila pohon-pohon Bungur atau ‘Tacoma’ lebat berbunga hingga kelihatan seperti bunga sakura ketika di puncak musim.

Pokok Bungur atau nama saintifiknya, Tabeuia Rosea, yang terdapat di sepanjang jalan sekitar pekan ini menarik perhatian ramai kerana keindahan kepelbagaian warna bunga merah jambu dan putih yang juga bertaburan di tepi laluan.

Keadaan sedemikian menjadikan kawasan di sekitar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan Lapangan Terbang Gerik kelihatan seperti musim bunga di Jepun dan Korea.

Menurut Farid Jailani, 35, setiap kali tiba musim bunga dia akan ke lokasi-lokasi itu untuk mengabadikan kenangan dengan bunga ‘sakura’ Malaysia bersama motosikal berkuasa tinggi miliknya.

AkuHWSYNrAthEUpG0Fil0WMRiWQpiyPuONL5wN8pWAYr

 

Menurut Farid, pokok bungur berbunga sekitar Februari hingga April.

“Pihak berkuasa tempatan perlu menanam lebih banyak pokok ini kerana dapat dijadikan tarikan pelancongan di samping mencantikkan lagi landskap di daerah ini,” cadang Farid.

Menurut Jabatan Pertanian Malaysia menerusi laman Facebooknya, fenomena cuaca panas dan kering berpanjangan secara umumnya telah menyebabkan pokok tecoma berbunga kerana sifatnya yang memerlukan cuaca sedemikian bagi menggalakkan proses pendebungaan.

Berasal dari dari Amerika Tengah dan Selatan, pokok Tecoma tumbuh pada ketinggian 1200 meter dari paras laut dengan purata suhu di antara 20°C hingga 30°C dan  memerlukan hujan tahunan melebihi 500 milimeter.

Pokok Tecoma juga dikenali dengan pelbagai nama, seperti pokok kertas tisu, pokok terumpit manakala dalam bahasa Inggeris pula dipanggil Pink Trumpet Tree, Pink Poui, Pink Tecoma atau Rosy Trumpet Tree.

 

-DZ/SF/AAS

Tinggalkan komen anda