
Oleh Puteri Mastasyhia Zuleha Abdullah (Setiu)
SETIU, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Pesta Mengambat Ikan yang diadakan semalam menghidupkan kembali kenangan anak-anak kampung puluhan tahun dahulu.
Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee menyifatkan acara ini memberi pengalaman baharu kepada anak-anak muda yang antaranya tidak pernah tahu apa itu “Ngambat Ikan’’.
“Pesta mengambat dimulakan dengan acara mengambat ikan dari hilir sungai lebih kurang dalam dua kilometer sehingga ke kuala Sungai yang dipasang jala merentang sungai hingga ke tebing,” jelas beliau.
Mohd Jidin berkata Pesta Ngambat Ikan ini akan diamasukan ke dalam Kalendar Acara Pelancongan Negeri Terengganu.
-SH/AAS