Skip to main content
Berita TempatanSabah

KKMM Cadang Wujud Wifi Percuma Di KK – Salleh

By 16 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Ā Oleh Muniyamma a/p Marapen & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 15 Mei 2016 (Malaysiaktif) ā€“? Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang mewujudkan perkhidmatan WiFi percuma dalam kawasan bandaraya, kata Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata peruntukan bagi menyediakan perkhidmatan tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh KKMM dalam usaha menjadikan bandaraya itu setanding bandar raya lain di dunia.

“Saya akan berbincang dengan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dalam masa terdekat.

“Dengan adanya perkhidmatan ini masyarakat dan para pelancong dapat melayari internet secara percuma serta mudah berkomunikasi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Karnival Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di Padang Merdeka,Ā malam tadi.

 

UNDUK NGADAU 2

 

Dalam pada itu, Salleh turut menyeru kepada rakyat agar sentiasa menghargai pengorbanan dan perjuangan pemimpin terdahulu yang telah memastikan Sabah terus aman dan harmoni.

“Kita mesti bermuafakat, berganding bahu dan berjuang teguh dalam menangani pelbagai isu seperti ekonomi dan keselamatan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

“Kita amat bertuah kerana dapat menyambut pelbagai perayaan termasuk Pesta Kaamatan dalam keadaan aman dan damai di negara ini.

Mengenai karnival tersebut,Ā  SallehĀ berharap ia dikembangkan ke pusat-pusat membeli belah di sekitar bandaraya supaya “mood” Kaamatan dapat dirasai warga bandaraya dan pelancong.

 

UNDUK NGADAU 4

Unduk Ngadau Kota Kinabalu, Didy (tengah) bersama Unduk Ngadau Likas, Laura (kiri) dan pemenang tempat ketiga Mirna (kanan).

 

“Saya percaya Karnival Kaamatan ini boleh dipromosi sebagai produk pelancongan, selain menjadi wadah memperkukuhkan perpaduan nasional, khususnya di Sabah yang mempunyai lebih 30 etnik dan lebih 50 dialek,” tambahnya.

Didy Yani Dinoh,23, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kota Kinabalu dan memenangi hadiah wang tunai RM8,000, trofi serta hadiah sampinganĀ sekaligus mewakili Bandaraya Kota Kinabalu keĀ  Peringkat Negeri, pada 30 dan 31 Mei ini.

Tempat keduaĀ pula dimenangi oleh Laura Simon, 24, yang meraihĀ hadiahĀ RM3,000, trofi serta hadian sampingan dan tempat ketiga dimenangi Mirna Kota, 22,Ā dengan hadiah RM1,500, trofi dan hadiah sampingan.

Manakala, Cindy Jenniffer diumumkan “Miss Popular dan Mis Audience Choice.”

 

-AAS

Tinggalkan komen anda