Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pesta ‘Ngambat Ikan’ Sambung Tradisi

By 16 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh  Puteri Mastasyhia Zuleha Abdullah (Setiu)

SETIU, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Pesta  Mengambat Ikan yang diadakan semalam menghidupkan kembali kenangan anak-anak kampung puluhan tahun dahulu.

Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee menyifatkan acara ini memberi pengalaman baharu kepada anak-anak muda yang antaranya  tidak pernah tahu apa itu “Ngambat Ikan’’.

“Pesta mengambat dimulakan dengan acara mengambat ikan dari hilir sungai lebih kurang dalam dua kilometer sehingga ke kuala Sungai yang dipasang jala merentang sungai hingga ke tebing,” jelas beliau.

Mohd Jidin berkata Pesta Ngambat Ikan ini akan diamasukan ke dalam Kalendar Acara Pelancongan Negeri Terengganu.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda