Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Anjing Bela Tidak Terkawal Ganggu Kejiranan

By 18 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Norhayani Hashim, Ariza Mohamed Zaki & Zanizal Zamani (Seberang Perai)

KEPALA BATAS, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Membina tempat perlindungan haiwan merupakan satu tindakan mulia kerana dapat mengurangkan populasi haiwan yang terbiar di jalanan.

Namun begitu, perkara ini dilihat boleh membawa masalah sekiranya tempat perlindungan tersebut dibina bersebelahan kawasan perumahan kerana boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk kampung.

Menurut Khamis Ramli, 59, sejak tempat perlindungan anjing tersebut dibina kira-kira dua tahun lalu, suasana malam penduduk terganggu dengan bunyi bising salakan puluhan ekor anjing di situ pada waktu malam.

Tambah Khamis, tempat perlindungan yang berdekatan rumahnya itu turut menyebabkan penduduk terganggu dengan bau busuk najis anjing.

WhatsApp-Image-20160517

Seorang lagi penduduk setempat yang tinggal bersebelahan tempat perlindungan anjing tersebut, Fadzil Omar, 55, berkata najis anjing yang dicuci di pusat perlindungan itu disalirkan ke dalam longkang.

Katanya, kawasan tersebut yang seringkali dilanda banjir kilat menyebabkan kawasan rumah penduduk kampung dicemari dengan najis anjing-anjing dari pusat perlindungan tersebut.

Tambah Fadzil, pada waktu malam ada anjing-anjing dari tempat perlindungan tersebut yang keluar melalui lubang pagar pusat perlindungan dan masuk ke kawasan kampung.

“Seringkali juga binatang peliharaan penduduk kampung seperti ayam dan arnab dibaham anjing-anjing yang menyelinap keluar dari situ,” ujar Fadzil lagi.

WhatsApp-Image-20160517 (1)

Sementara itu, Khamis memberitahu Malaysiaaktif bahawa laporan kepada pihak polis dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah dibuat pada tahun lepas, namun pihak MPSP memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menjumpai tempat tersebut.

Menurut Fadzil, aduan tentang perkara ini telah dipanjangkan kepada pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam dan Ahli Parlimen Kepala Batas serta mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Semasa tinjauan dibuat, Malaysiaaktif mendapati pusat perlindungan tersebut tidak meletakkan sebarang papan tanda.

– AH/SF

Tinggalkan komen anda