Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Empat Amalan GAP Tingkat Produktiviti Pekebun Kecil

By 18 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh M. Shaharudin Suratman

KUALA PILAH, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Sembilan sedang giat mempromosikan empat amalan pertanian baik atau “Good Agriculture Practices” (GAP) kepada para pekebun getah.

Empat amalan baik yang dimaksudkan ini ialah berkaitan dengan kaedah betul untuk Penanaman Dan Penyelengaraan Kebun, Pembajaan, Penggunaan Bahan Ransangan Lateks, dan Penorehan / Penuaian.

Untuk tujuan amalan baik ini, RISDA telah memberikan bayaran insentif Program Pembangunan Negeri Sembilan 2016 sebanyak RM 2 juta. Bayaran disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan Datuk Hasim Rusdi, ketika mengajurkan Gerakan Peningkatan Produktiviti Peringkat Negeri Sembilan di sini semalam.

 

WhatsApp-Image-20160517 (1)

 

Seorang pekebun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Beting, Abdul Manap Sardi berkata, “pendekatan RISDA dalam penganjuran program ini yang secara  terus kepada pekebun-pekebun kecil di kawasan kampung secara tidak lansung meningkat keyakinan pekebun-pekebun ini dengan langkah kerajaan untuk membantu mereka”.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda