Skip to main content
Berita TempatanSabah

Perpustakaan Sabah Pelawa Sertai Program Bahasa Inggeris Percuma

By 18 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

  Oleh: Zuraidah Ahmad & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 18 Mei (Malaysiaktif) –? Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah mempelawa masyarakat seawal usia tujuh tahun hingga ke peringkat warga emas agar mendaftar sebagai peserta Program Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) secara percuma.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, program yang telah menerima pendaftaran seramai 260 orang itu merupakan kolaberasi badan itu dengan Science of Life (SOLS) yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Persekutuan bagi menjalankan program tersebut di seluruh Malaysia selama empat bulan

Dalam pada itu, katanya, menyedari pencarian maklumat menjadi semakin mudah, cepat dan meluas, peranan perpustakaan sebagai institusi maklumat turut berubah.

Tambahnya, perpustakaan kini bukan sahaja sebagai tempat meminjam buku untuk mendapatkan maklumat tetapi menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta ruang kondusif  demi memenuhi kehendak semasa pengguna.

Selain itu, Jainab menjelaskan sebagai agensi di bawah kementeriannya, Perpustakaan Negeri Sabah akan mengukuhkan perkongsian pintar dengan agensi-agensi lain dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

“Antara kerjasama tersebut ialah bersama Petrosains dalam menjayakan program berasaskan amalan membaca dan pengetahuan.

“Kita turut menghargai sumbangan pakar-pakar dan pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah yang membuat ulasan buku yang menarik dan disiarkan di akhbar – akhbar tempatan.

“Di samping itu, kita akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Pelajaran menerusi Pogram Jom Baca 10 Minit bersama UMS, UiTM, Politeknik dan beberapa lagi intitusi pengajian swasta lain.

“Pada tahun ini juga, pertama kali Steadtler Luna Malaysia menyumbangkan 90 kotak pensel warna semasa bengkel mewarna bagi kanak-kanak dan dewasa dengan konsep keluarga dengan matlamat untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan,” jelasnya ketika merasmikan Majlis Penutupan Minggu Perpustakaan 2016 di Perpustakaan Negeri pagi semalam.

SF

Tinggalkan komen anda