Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Gotong Royong Perdana Disertai 21 Agensi Kerajaan

By 17 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ab Rashid Mohd Yusoff dan Mohd Sukri Ismail (Machang)

MACHANG, 17 Mei, (Malaysiaaktif)  — Sebanyak 21 agensi Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri, termasuk institusi kewangan daerah Machang mengambil bahagian dalam Program Gotong Royong Perdana di Taman Kemahkotaan bandar Machang hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razim Ahmad Mahir, matlamat utama perlaksanaan program ini adalah sebagai salah satu usaha membanteras wabak denggi dalam daerah Machang.

 

120083b5-897a-4956-a46d-15019fc4d0f6

 

“Program sebegini mampu mengeratkan silaturahim di antara jabatan persekutuan dengan kerajaan negeri bagi kesejahteraan masyarakat,” ujar beliau lagi.

Gotong royong disertai lebih 300 orang terdiri daripada pegawai kerajaan, pihak swasta, dan penduduk sekitar Machang.

Ia merupakan  salah satu insentif kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk masyarakat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk  Ahmad Jazlan Yaakob bersama Ketua Jajahan Daerah Machang, Zainuddin Mahmod.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda