Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Sasar Kurang 25 Peratus Sisa Pepejal

By 9 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 25 peratus daripada 1,000 tan metrik sampah sarap sehari disasarkan untuk dikurangkan oleh kerajaan negeri berikutan penguatkuasaan pada Jun depan.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman berkata, sejak program pengasingan sisa pepejal di punca mula dilaksanakan pada 1 september lepas, angka itu telah menurun hingga mencecah sekitar 900 tan sehari.

Ismail berkata, sebanyak 7,227 surat peringatan mesra dikeluarkan kepada pemilik tanah hasil 12,671 lawatan ke kediaman sekitar negeri ini sejak pelaksanaan program tersebut.

 

d45ef27e-aa8a-43d5-aa75-d3fa4e5f1e9c

 

“Justeru itu, kita mahu laksanakan program ini dengan lebih giat dan mencapai sasaran, sekali gus menyasar untuk menjadi negeri terbersih di negara ini,” ujarnya.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Promosi Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di kawasan kediaman bertingkat Pangsapuri Pasir Mutiara Peringkat Negeri Melaka 2016 semalam.

“Kita menempatkan 110 daripada 176 sangkar khas pengasingan sisa pepejal di kediaman bertingkat di negeri ini, manakala bakinya akan disediakan dalam tempoh terdekat,”katanya.

Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), denda kompaun maksimum hingga RM1,000 boleh dikenakan terhadap penduduk yang enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal.

Pelaksanaan peraturan yang turut dikuatkuasakan di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis, antara lain bertujuan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa yang semakin meruncing.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda