Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Polis, Komuniti Tangani Perlakuan Jenayah

By 23 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Mohd Izzideen Khairi Zakaria (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ merupakan satu inisiatif polis dan masyarakat bagi memberi kesedaran tentang pentingnya kerjasama dalam menangani perlakuan jenayah.

Demikian ucapan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah dalam Program ‘Community Policing and Info’: Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, Sabtu lepas.

“Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara polis Dang Wangi bersama penduduk sekitar Jalan Kenanga”, tambah beliau.

Menurut beliau, penyaluran maklumat amat penting bagi pihak polis untuk mengatur gerak strategi pencegahan yang lebih efektif.

Pihak polis akan terus komited dan lebih agresif dalam mencegah jenayah. Dengan kerjasama masyarakat, pengawasan kejiranan akan dilaksanakan bagi mewujudkan ketenteraman awam.

Selain itu, program perjumpaan, ‘high profile policing’ dan ‘walkabout’ turut dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah masyarakat dalam berurusan dengan polis.

Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), keterlibatan suri rumah dalam memelihara keselamatan jiran tetangga adalah satu inisatif menjadikan golongan suri rumah sebagai rakan polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

“Polis wanita yang dilantik akan melengkapkan golongan suri rumah tangga dengan panduan keselamatan diri menerusi aktiviti yang kreatif seterusnya menggalakkan suri rumah tangga menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di kawasan kediaman mereka”.

Antara pengisian program sejak 8.00 pagi dimulakan dengan pertandingan futsal. Program anjuran Komuniti 1Malaysia Jalan Kenanga dengan kerjasama Polis Bahagian Narkotik Dang Wangi ini telah dihadiri seramai 500 orang.

 

-DK

Tinggalkan komen anda