Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Majlis Penghargaan “Jasamu Dikenang” Rai 215 Pesara

By 7 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Suriani Ghazali

IPOH, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 215 orang pesara yang terdiri daripada pesara kerajaan diraikan dalam Majlis Penghargaan Jasamu Dikenang di sini pada Rabu

Dalam majlis tersebut selain pesara, pegawai yang dinaikkan pangkat dan bertukar juga turut diraikan.

Seorang bekas pesara Datuk Safry Kamal Haji Ahmad dalam ucapannya mewakili tetamu yang diraikan, melahirkan rasa syukur dan gembira kerana Kerajaan Negeri Perak sudi menganjurkan majlis tersebut bagi meraikan mereka yang pernah berkhidmat kepada negeri Perak.

Pesara yang terdiri daripada Kumpulan Pelaksana yang bersara wajib atau bersara pilihan dan berkhidmat lebih 20 tahun serta berumur 50 tahun ke atas telah diberikan insentif berupa Sijil Amanah Saham Bumiputera bagi penerima Bumiputera dan Sijil Simpanan Premium bagi penerima bukan Bumiputera yang bernilai RM3,000.

Insentif dan cenderamata telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir.

 

-SH/SF

Tinggalkan komen anda