Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Sukan Rakyat Meriahkan Info K1M Presint 9 Putrajaya

By 7 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Saharuddin Othman, Zaharah Ismail / Amirah Ahmad

PUTRAJAYA, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Gabungan sukan moden dan sukan rakyat memberikan  kelainan kepada Program Info Komuniti 1Malaysia (K1M) Presint 9 Putrajaya 2016 kali ini.

Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Taib Ubah berkata, usaha itu dijalankan untuk mempopularkan acara sukan rakyat supaya ia tidak dilupakan masyarakat, khususnya golongan muda.

“Paling penting, program ini diadakan bagi mengamalkan aktiviti sihat dalam kalangan keluarga dan masyarakat di samping mengeratkan hubungan silaturrahim tanpa mengira perbezaan umur, kaum dan agama,” katanya.

 

IMG-20160507-WA0030

 

Dalam pada itu, beliau menyatakan dalam perkembangan teknologi komunikasi yang pesat dan pantas pada hari ini, kelemahan paling ketara adalah penyebaran maklumat yang tidak benar sangat berleluasa di laman sosial.

“Lebih parah apabila si penerima maklumat begitu ghairah untuk menjadi yang pertama dalam menyampaikan sesuatu maklumat, terus berkongsikan maklumat yang diterima tanpa terlebih dahulu memastikan kesahihan maklumat tersebut” katanya.

 

IMG-20160507-WA0036

 

Antara acara sukan diadakan ialah dart, karom, ping pong, sukan rakyat seperti batu seremban, congkak dan sepak raga bulatan.

Turut diadakan pertandingan mewarna, mencari harta karun dan pameran daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti Rakan Cop Polis DiRaja Malaysia, SSPN  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan daripada Jabatan Penerangan WPKL.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hasan yang menyampaikan Taklimat Keselamatan khusus untuk penduduk Putrajaya.

Program dihadiri kira-kira 300 orang yang terdiri daripada penduduk Presint 9 Putrajaya.

 

-DK

Tinggalkan komen anda