Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Mangsa Pelaburan Emas Diminta Tampil Bantu Siasatan

By 7 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din meminta mana-mana individu yang telah membuat pelaburan jongkong emas untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka tmenahan lima individu berumur antara 20-an hingga 40-an pada pukul 12.45 pagi tadi dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan jongkong emas yang aktif sejak Febuari lepas.

 

Emas PDRM 3

 

Tiga lelaki berasal dari Taiwan dan dua wanita dari Kemboja yang memasuki Malaysia sebagai pelancong ditahan di rumah sewa mereka berhampiran Bukit Beruang. Hasil serbuan, pihak polis menemui lima jongkong emas pelbagai saiz hasil dalam pemilikan sindiket berkenaan..

Antara barangan yang turut dijumpai termasuk sebuah buku penerangan tentang pelaburan, brosur, plan pelaburan, sijil lantikan dan borang pendaftaran. Setelah diperiksa, skim pelaburan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara.

Ramli berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka pada petang Khamis.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda