Oleh Asmidar Zainal / Foto: Khirul Nizam Zanil
KUCHING, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan mayat kedua yang ditemukan hari ini sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Dr Sundaran Annamalai.
Beliau yang ditemui di Hospital Umum Sarawak sebentar tadi berkata pemeriksaan kedua tragedi helikopter dijalankan pada pukul 11.15 pagi tadi oleh Pakar Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat Sundaran ditemui di Sungai Lingga Batang Lupar dan pengesahan identiti mayat disahkan dibuat melalui perbandingan cap jari oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga barang peribadi yang masih ada pada jasad.
Mayat ketiga telah masih dalam proses pemeriksaan.