
Oleh: Khairul Izham Zakaria (Bagan Datoh)
BAGAN DATOH, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Had umur dalam sukan permotoran kini semakin longgar apabila kanak-kanak seawal usia lapan tahun turut terlibat dalam perlumbaan “Bagan Datoh Mini Bike Challenge 2016” semalam.
Acara Bagan Datoh Mini Bike Challenge 2016 edisi ketiga ini yang diadakan di Tapak Pasar Malam Bagan Datoh disertai peserta dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.
Terdapat lima kategori dipertandingkan iaitu Heat Novice QT, Heat Expert QT, Heat Rookies, Heat Expert Open dan Heat Open Master.
Program anjuran bersama kerajaan Negeri Perak, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup serta Belia Warisan Muda Dinamik Bagan Datoh ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan permotoran pada usia muda.
Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan ‘Free Style Trial Bike’ oleh Achoy Bangkoyo bersama dua anaknya masing-masing berusia tiga dan dua tahun.
-DZ/SF