Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sofa Terpanjang Jadi Tumpuan

By 23 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Seri Ayu Wardiah Samsudin & Jaitripta Kaur a/p Gajit Singh (Petaling Jaya)

SHAH ALAM, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Sofa terpanjang di Malaysia oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) menjadi tumpuan ramai, dengan ukuran 52.5 meter yang terletak di G Floor, Centre Court, AEON Mall, di sini.

Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, sofa yang dihasilkan oleh banduan-banduan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang ini, berkonsepkan kitar semula yang diperbuat daripada jeans-jeans terpakai.

Selain sofa, turut dipamerkan adalah produk-produk hasil daripada sisa pembuangan yang boleh menghasilkan pendapatan.

Bertemakan ‘Be a Part of the Breakthrough and Make Someone’s Dreams Come True’, pameran ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dan akan berlangsung sehingga 5 Jun 2016.

Pameran ini merupakan kesinambungan daripada pemecahan Guinness World Of Record acara “Peserta paling ramai menjahit serentak” yang turut disertai oleh penaung PSJK iaitu Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang bersama 606 orang ahli-ahli dari seluruh negeri di Perbadanan Putrajaya pada 9 April lalu.

Istimewa kali ini, pameran ini memberi peluang kepada perintis di sekitar Lembah Klang yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti ibu tunggal, warga emas, suri rumah bahkan golongan lelaki yang meminati bidang jahitan, untuk mempamerkan bakat sekaligus membuat jualan produk-produk hasil jahitan mereka.

 

-DK

Tinggalkan komen anda