Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Tukang Kebun Jaga Isteri Diserang Angin Ahmar

By 23 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Setelah diserang angin ahmar setahun lalu, hidup Miskiah Mat Rahim, 48, bergantung kepada suaminya yang berkerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah.

Suaminya, Zamani Sarip, 50, sebelum ini pernah dibuang kerja kerana menjaganya yang sakit sejak setahun lalu.

Miskiah yang kini mendiami rumah sumbangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tahun lalu telah 20 tahun berkahwin namun tidak mempunyai cahaya mata.

“Ibu angkat akan datang membawa makanan ketika suami keluar bekerja kerana saya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan tetapi sejak dua bulan lepas, saya sudah boleh angkat tangan sedikit,” ujarnya ketika dilawati wakil SenHeng dan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka pada Sabtu.


Wakil SenHeng dan Pembela BN Melaka turut menyampaikan sumbangan berupa barangan eletrik dan keperluan harian.

Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata program Jalinan Turba itu merupakan kerjasama pihaknya dengan syarikat SenHeng dalam membantu golongan kurang bernasib baik.
“Sepanjang tahun lalu, kira-kira 2,000 rakyat telah datang mengadu masalah dan sebanyak 92 peratus kes dapat diselesaikan dan dikongsi bersama parti komponen BN,” katanya.

Menurutnya, Pembela BN ialah jambatan kepada rakyat untuk berhubung dengan agensi kerajaan agar permohonan segera mendapat perhatian pihak berkenaan.
-DZ/SF

Tinggalkan komen anda