Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Raja Muda Perlis Rasmi Karnival Usahawan Perlis 2016

By 26 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Sufian Kamarudin / Foto Anuar Che Amat.

Kangar, 26 Mei,(Malaysiaaktif) – Para usahawan perlu berani mengambil risiko dalam perusahan atau produk yang di usahakan oleh mereka dan mereka hendahlah berilmu pengetahuan dan mempunyai jaringan atau networking untuk memasarkan produk mereka, demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Perkarangan Kompleks Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar di majlis perasmian Karnival Usahawan Perlis 2016.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Bakri Ahmad Dato Ali, di dalam majlis yang sama berkata, negeri Perlis sedang memasuki fasa terakhir untuk menubuhkan satu dasar Tranformasi Keusahawanan Negeri Perlis, pelan dasar itu sedang di siapkan oleh Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis.

Mengenai karnival yang berlangsung selama lima hari dan akan berakhir pada 29 Mei ini mengabungan enam program yang sepatutnya di adakan setiap tahun seperti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Roads To MAHA, Satu Daerah Satu Industri dan Mobile Wheeler yang di bawakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan akan di tutup oleh Kejohanan Perlis Marathon 2016, ujarnya lagi.

Karnival ini juga menjadi platform yang terbaik kepada para usahawan di negeri Perlis untuk memasarkan hasil produk-produk mereka. Dalam usaha untuk memperkasakan lagi usahawan di negeri Perlis, kerajaan Negeri Perlis sedang berusaha untuk mempersiapkan usahawan di negeri Perlis dengan pensijilan halal untuk memastikan para usahawan dapat menembusi pasaran kebangsaan dan antarabangsa
Terdahulu yang di sempurnakan oleh tersebut, Baginda bertitah.

Seramai sepuluh orang individu turut menerima anugerah di atas kejayaan masing- masing di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang di adakan serentak di karnival tersebut.

DSC_5348

 

Karnival yang julung kali di akan ini melibatkan penyertaan seramai 303 usahawan jualan dan 20 buah jabatan dan agensi kerajaan yang mempamerkan hasil dan aktiviti jabatan mereka. Turut di adakan pertunjukan payung terjun oleh Persatuan Payung Terjun Tentera Darat di bawah kelolaan Yayasan Bekas Komando Malaysia.Turut Berangkat ke Majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tinggalkan komen anda