Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Scammer Guna Gambar Anak Dan Isteri Mohon Dana

By 26 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Terkilan dengan tindakan seorang wanita yang menggunakan gambar anak dan isterinya untuk mendapatkan wang mudah, Hasrolnizam Haron, 28, nekad melaporkan hal itu kepada Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka.

“Sepupu kepada isteri saya menghubungi kami dan memaklumkan bahawa seseorang telah menggunakan gambar anak dan isteri untuk mendapatkan dana RM18,000 untuk kos suntikan dan RM180,000 untuk pembelian mesin yang kononnya untuk menampung perubatan anak kami.

“Namun, wanita terbabit telah mengubah kenyataan tersebut dengan meletakkan nama dan akaun beliau sebagai saluran untuk orang ramai menderma,” jelas Hasrolnizam ketika ditemui di pejabat Pembela BN di Kota Cemerlang Ayer Keroh di sini pagi semalam.

1 Scammer

Status yang dimuat naik oleh scammer tersebut

Scammer 6

Ramai yang telah menjadi mangsa penipuan dalam talian ini

 

Tambahnya, sebelum ini pihak Pembela BN pernah membantu mendapatkan dana untuk menampung kos suntikan ‘Palivizumab’, sejenis ubat yang biasa digunakan untuk mencegah jangkitan kuman dalam saluran pernafasan dan paru-paru kanak-kanak, berharga RM4,000 setiap suntikan untuk anak Hairolnizam, Nur Uzma Hanani.

Nur Uzma Hanani lahir pada 1 Ogos 2015 secara pramatang dengan berat hanya 0.65 kilogram dan dikesan menghidap penyakit paru-paru kronik. Namun, Nur Uzma Hanani yang kini berusia sembilan bulan beransur sihat dan hanya perlu mendapatkan rawatan susulan setiap bulan di klinik kesihatan kerajaan dan swasta.

“Saya telah membuat laporan polis pada 17 Mei sejurus sahaja mendapat tahu hal tersebut dan berharap tidak ada [orang] yang tertipu dengan cerita sedih wanita itu yang mendapat banyak share (kongsian) dalam laman sosial Facebook,” katanya.


2 Scammer3 Scammer

 

Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata pihaknya akan mendapatkan bantuan peguam bagi membantu kesulitan yang dialami keluarga muda tersebut agar scammer (penipu) terbabit dikenakan hukuman setimpal.

“Saya memandang serius perkara ini dan ia pertama kali [seumpamanya] berlaku sepanjang tujuh tahun saya mengendalikan permasalahan pengadu,” ujar Amir Hamzah.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda