
Oleh Mohamad Azree/ Foto: Che Nor Ismail
PEKAN, 26 Mei (Malaysiaaktif) — Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Pahang 2016 berlangsung semalam di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah di sini.
Kumpulan Kias Aksara yang mewakili Kuantan muncul sebagai Johan, sementara Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan Senandika dari Universiti Malaysia (UMP) mewakili daerah Pekan dan tempat ketiga, Kumpulan Anak Warisan Timur dari Raub.
Pertandingan ini anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.