Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

BN Sedia Hadapi Pihak Lawan di Sg Besar – Noh

By 26 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi pihak lawan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sama ada dua atau tiga penjuru kerana percaya terhadap kekuatan sendiri dan bukan disebabkan kelemahan pembangkang.

“BN telah menyusun untuk menguatkan jentera supaya dapat menambah jumlah pengundi penyokongnya”, demikian menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar kepada media selepas merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor di Dewan Ideal Convention Centre (ICC), Selayang pagi tadi.

“Sebelum berlaku PRK ini pun, saya telah turun ke bahagian-bahagian di Selangor untuk menyusun jentera serta strategi pilihanraya dan secara kebetulan ada pilihanraya kecil yang merupakan peluang untuk BN melihat strategi tersebut berkesan atau sebaliknya”, tambah beliau.

Menurut Noh, konsep BN yang dianggotai oleh 14 parti komponen bukan mudah untuk dilaksanakan melainkan kepimpinannya mempunyai integriti dan dihormati oleh parti komponen lain menyebabkan pembangkang cuba meniru BN seperti menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang telah berkubur, kemudian ditubuhkan Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan.

“Strategi BN ini bukan dibuat secara terburu-buru, tidak bermotif serta mementingan politik parti tertentu sahaja, tetapi dipenuhi semangat perpaduan dan kepentingan negara untuk kekal lama, berbeza dengan pembangkang yang bergabung hanya untuk merebut kuasa sahaja”, jelas beliau.

 

– DK

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda