Skip to main content
HomeNegeri Sembilan

Simulasi Kemalangan Bagi Menghadapi Musim Perayaan Akan Datang

By 26 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh : Hamidah binti Md Drus / Siti Noorezrin Mahmod

JEMPOL, 26 Mei (Malaysiaaktif) – “Tiga maut, sebelas orang cedara parah dan 18 orang mengalami cedera ringan dalam kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi semalam melibatkan sebuah bas dan 3 buah motokar. Kejadian berpunca apabila sebuah kenderaan yang dipandu melulu memasuki persimpangan Feldajaya tanpa memberi isyarat telah mengakibatkan berlakunya pertembungan dengan kenderaan lain daripada arah Bahau.

Semasa kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan, kejadian diburukkan lagi dengan berlakunya kebakaran dan letupan kecil berpunca daripada kenderaan yang berlanggar. Semua agensi penyelamat terlibat mengambil masa sekitar 3 jam untuk mengawal situasi dan memindahkan mangsa-mangsa ke Hospital Jempol.” 

Gambaran simulasi yang dijayakan

Gambaran simulasi yang dijayakan

Itulah antara gambaran suasana dan situasi Simulasi Latihan Bencana Daerah Jempol yang diadakan di Persimpangan Feldajaya, Bandar Seri Jempol semalam. Latihan bencana tersebut telah dianjurkan oleh Hospital Jempol dengan kerjasama Pentadbiran Kerajaan Daerah Jempol mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negeri 20.

“Simulasi ini diadakan bagi membuat persediaan dan langkah awal supaya jika ada berlaku kemalangan dan bencana sedemikian rupa kita telah pun bersedia. Ianya sengaja diadakan untuk situasi yang sangat kritikal bagi menguji tempoh maklumbalas daripada semua agensi yang terlibat. Bukan sahaja Hospital Jempol, tetapi Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dan Hospital Jelebu turut terlibat” kata Abdul Rahman bin Johor, Pegawai Daerah Jempol ketika ditemui Malaysiaaktif.

“Ini juga sebagai suatu persediaan bagi menghadapi musim perayaan yang akan datang, di mana kenderaan terlalu banyak di jalan raya,” tambahnya lagi.

Secara keseluruhan, latihan ini dianggap berjaya walaupun ada beberapa perkara yang perlu ditambahbaik bagi meningkatkan kecekapan agensi penyelamat.

Agensi lain yang terlibat ialah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ) daerah Jempol dan Jelebu, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Jempol, Kolej Jururawat Daerah Kuala Pilah dan Pejabat Penerangan Daerah Jempol.

 

-SH

Tinggalkan komen anda