
Oleh Mohd Suhaizad Abd Samad
ROMPIN, 9 Mei (Malaysiaaktif) — Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Rompin semalam mengambil inisiatif melaksanakan Program Solat Istisqa’ bertujuan memohon agar hujan turun.
Solat yang dilakukan di perkarangan Empangan Pontian, Kampung Simpang Sepayang ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan disertai oleh kira-kira i 50 penduduk setempat.
Menurut Pegawai Pengairan dan Saliran daerah Rompin, Aizuddin Annuar, bacaan paras terbaharu mendapati berlaku penyusutan paras air di empangan tersebut. Ini berikutan kesan El Nino yang membawa cuaca panas dan kering hingga bacaan semalam mencatatkan 4.38m atau 62.5 peratus daripada rezab takungan, dengan purata penyusutan 2 cm setiap hari.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain.
-MRR/ AAS