Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bendang Terbakar, Kubang Bemban Diselubungi Asap

By 9 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Suhaidi Mat Jusoh/Yuslina Ibrahim/Siti Noor Asmani Che Mat Saleh

PASIR MAS, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Satu kebakaran yang melibatkan kawasan  bendang padi terbiar di Kampung Kubang Bemban pada kira-kira pukul 4.30 petang tadi telah menganggu aktiviti penduduk kampung disebabkan asap tebal.

Seorang penduduk, Ariffin Ahmad, 56, yang menyedari tentang kebakaran itu terus menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Pasir Mas.

IMG-20160510-WA0004

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati asap tebal telah mengganggu jarak penglihatan hingga menyebabkan sesetengah pemandu kenderaan tidak berani untuk melalui jalan tersebut.

Asap tebal di kawasan berkenaan turut menyesakkan pernafasan dan memedihkan mata penduduk setempat.

Menurut pegawai Bomba dan Penyelamat balai Pasir Mas,  Dunya Saad, seramai lima anggota bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api daripada merebak dalam masa 20 minit.

Kebakaran melibatkan kawasan bendang padi seluas satu ekar , walaubagaimana pun anggota bomba terpaksa berdepan kesulitan dan cabaran kerana terpaksa mengangkut air sejauh lima kilometer untuk digunakan bagi tujuan pemadaman api.

 

AAS

Tinggalkan komen anda