Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Telok Mas Gema Selawat Nabi

By 13 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M. Zakri Chan (Melaka)

MELAKA, 13 Mei (Malaysiaaktif) β€” Sekolah Kebangsaan Alai, Telok Mas malam ini bergema dengan selawat memuji kekasih Allah, Muhammad SAW apabila berlangsungnya Program Selawat sempena Program Karnival Mesra Rakyat 2016 anjuran Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Negeri Melaka.

Penceramah jemputan Ustaz Attan Thowi Yusof Al-Hafiz Pencetus Ummah Musim Pertama bersama Kumpulan Tahfiz Ar-Rabaniah Padang Temu mengalunkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ustaz Attan Thowi Yusof Al-Hafiz mengupas kisah-kisah Rasulullah sepanjang hayat baginda SAW dalam memperjuangkan agama Islam sehingga wafatnya baginda SAW.

“Keperibadian Nabi Muhammad SAW menjadi contoh terbaik dalam kita menghadapi suasana akhir zaman yang mengandungi pelbagai masalah, maka kembali lah kepada Al-Quran dan Sunnah wasiat terakhir baginda SAW kepada kita,”ujarnya.

Peserta, Hatta Johari berkata, Program Telok Mas Berselawat ini bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan Rasulullah malah lebih daripada itu yakni mengajar kita mengamalkan keperibadian baginda yang penuh kesederhanaan selaras dengan konsep wasatiah.

Zainuddin Ibrahim 47, berkata program seumpama ini amat baik untuk memupuk semula nilai murni kepada golongan muda mudi yang kini terdedah dengan pelbagai budaya barat yang tidak sihat.

 

AAS

Tinggalkan komen anda