Skip to main content
HomeRencana & Pendapat

Cabaran, Dugaan, Ujian Lumrah Perjuangan Dalam UMNO

By 13 Mei 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

UMNO menyambut kelahirannya yang ke-70 pada 11 Mei lalu. Sambutan kelahirannya disambut sederhana di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC). Sewajarnya seluruh ahli UMNO berbangga bahawa parti yang mereka sertai itu masih kekal berjuang mengangat maruah dan martyabat bangsa Melayu. Sewajarnya saf kepemimpinan dan ahli UMNO memperkukuh iltizam dan semangat untuk terus mengharungi badai politik demi agama, bangsa dan tanah air.

Sejak kapal UMNO mula dikemudi pada 11 Mei 1946, UMNO mempunyai nakhoda yang cekal dan bijaksana sehingga kapal selamat sampai ke pelabuhan tanpa apa-apa kerosakan besar.

Hakikatnya, selama 70 tahun mengharungi badai politik yang kadang-kadang bagaikan tsunami, parti keramat Melayu itu tetap berjaya mengharunginya. Kekuatannya terletak pada perpaduan ahli.

Pemimpin dan ahli UMNO bagaikan ” aur dengan tebing”. Keluarga besar UMNO umpama “seikat lidi” yang sangat sukar untuk dipatahkan. Segala cabaran dihadapi bersama bak kata peribahasa “sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk”.

Jalan penyelesaian dan kata sepakat sentiasa dicapai bagi mengatasi krisis umpama “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
Kekuatan perjuangan

Kehebatan dan kekuatan perjuangannya berada pada ramuannya yang baik – adil dan sederhana (moderate) – mengikut petunjuk agama.Walaupun perjuangan asas UMNO adalah untuk mengangkat martabat bangsa, namun perjuangan UMNO bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO yang turut menjaminan hak-hak kaum lain.

UMNO tidak tamak kuasa. Kuasa yang diamanahkan rakyat dikongsi bersama dengan parti-parti yang berada di bawah  Barisan Nasional (BN). Sebagai parti yang diberi amanah melalui proses pilihan raya,  UMNO berusaha sedaya upaya memastikan segala dasar pembangunan negara bukan untuk membela orang Melayu sahaja tetapi turut memberi keadilan kepada semua kaum.

Walaupun begitu, UMNO sentiasa berhadapan cabaran. Pelbagai tohmahan dan cacian dihamburkan oleh musuh politiknya, di samping beberapa krisis pernah melanda UMNO. Namun, UMNO berjaya bertahan kerana perpaduan yang kukuh.

Segala krisis dalaman yang pernah dilalui diatasi dengan bijaksana. Cabaran luaran dihadapi dengan tabah tanpa hilang fokus memperjuangan agenda bangsa dan kepentingan rakyat semua kaum.

Cabaran, ujian dan dugaan adalah lumrah perjuangan. Yang penting UMNO tidak harus hilang fokus  perjuangan. Sekiranya UMNO dapat menumpukan perhatian kepada isu berkepentingan rakyat, memperkasa agenda perjuangan Melayu dan memahami cita rasa generasi muda hari ini maka kita yakin UMNO akan terus berada di hati rakyat dan meraih kejayaan  dalam PRU ke-14 nanti.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda